Wednesday, May 14, 2014

MUQADDIMAH


Segala PUJIAN bagi ALLAH PEMILIK sekalian alam yang MELIMPAHI ciptaan-NYA dengan REZEKI yang BERTERUSAN. SELAWAT serta SALAM buat KEKASIH TERAGUNG Sayyidina MUHAMMAD (Sollallahu ‘alaihi wasallam) yang menjadi WASILAH bagi REZEKI & KENIKMATAN, juga ke atas seluruh KELUARGANYA, SAHABATNYA & UMMAHNYA.

Firman ALLAH Ta’ala:
Wahai Jama'ah JIN & MANUSIA, jika kamu sanggup menembusi penjuru LANGIT & BUMI, maka TEMBUSILAH! Kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan SULTHON (kekuasaan)." (QS. Al Rahman: 33)

KELUARGA yang DICINTAI ALLAH,
IKAN adalah kehidupan yang ALLAH TA’ALA TEMPATKAN di dasar LAUTAN, maka ianya hanya dapat DIPEROLEHI di LAUTAN. Tidak mungkin ianya dapat DITEMUI jika DICARI di atas GUNUNG kerana GUNUNG bukanlah HABITATNYA. FAKTA tersebut BENAR namun BELUM TEPAT untuk dijadikan PEGANGAN kerana IKAN kenyataannya sekarang boleh didapatkan di PASAR.

KONDISI ini memberikan GAMBARAN tentang DZAT YANG MAHA MENGGERAKKAN berkuasa MENGGERAKKAN apa saja yang DIKEHENDAKINYA dengan KEKUASAANNYA sebagaimana DIA menggerakkan NELAYAN menangkap IKAN sehingga PROSESNYA terjual di PASAR & di dapatkan oleh PENGGUNA yang MEMPUNYAI “SULTHON”. SULTHON atau KEKUASAAN dalam SENARIO tersebut adalah WANG sehingga seseorang yang mempunyai WANG akan dapat MEMPEROLEHI ikan tersebut tanpa perlu BERSUSAH-PAYAH ke LAUT.

REAKSI ini memberikan suatu PENGERTIAN bahawa mereka yang MENGETAHUI KUNCI atau dalam bahasa semasa dikenali sebagai KODE akan mampu MENGUASAI sesuatu dengan MUDAH asal saja kena CARANYA.

Demikian HALNYA dalam URUSAN mencari REZEKI. Orang yang TIDAK MENGETAHUI KODE REZEKINYA terpaksa bertungkus-lumus siang & malam untuk mendapatkan REZEKINYA. Lebih MENGECEWAKAN lagi apabila setelah BERPENAT-LELAH namun hasil yang DIPEROLEHINYA tidak sebagaimana yang DIHARAPKAN. Ini BERMAKNA prosesnya tidak menepati KODENYA seperti MEMANCING IKAN DI ATAS GUNUNG. Dalam BAHASA KEROHANIAN, KUNCI / KODE tersebut di kenali sebagai ASMA’ (NAMA-NAMA) sehingga ia seringkali menjadi PENCARIAN yang DIRAHSIAKAN sebagai PAKAIAN AWLIYA’ dengan istilah ISM AL-A’ZHOM (NAMA DZAT YANG TERAGUNG).

ASMA’ ini TERLEBIH DAHULU telah DI AJARKAN ALLAH dalam PERENCANAAN ILMUNYA kepada NABI ADAM ‘alaihis salam sebagai MAHKOTA KHALIFAHNYA sebelum ia di hantar ke PLANET BUMI sehingga dengan ASMA’ tersebut mengangkat DERAJATNYA lebih TINGGI MA’RIFAHNYA berbanding MALAIKAT.
zN¯=tæur tPyŠ#uä uä!$oÿôœF{$# $yg¯=ä. ÇÌÊÈ
“Dan telah DIAJARKAN kepada ADAM sekalian ASMA’…” (QS. Al Baqarah: 31)

Dengan ASMA’ tersebut NABI ADAM ‘alaihis salam memerintah MAKHLUK di bumi yang kemudian MEWARISKANNYA kepada GENERASI PENGGANTINYA untuk MENTADBIR ALAM. Demikian di lihat bagaimana MANIFESTASINYA dalam KERAJAAN NABI SULAIMAN ‘alaihis salam khususnya di saat BELIAU menghantar KODENYA berbentuk SURAT kepada PUTERI BALQIS sehingga TAKLUK seluruh KERAJAANNYA kepada NABI SULAIMAN ‘alaihis salam.

SISTEM ini berawal daripada PENTADBIRAN KERAJAAN ALLAH di mana DIA MENCIPTA & MENTADBIR MAKHLUKNYA di dalam RAHSIA KODENYA antara KAF & NUN (KUN).
!$yJ¯RÎ) ÿ¼çnãøBr& !#sŒÎ) yŠ#ur& $º«øx© br& tAqà)tƒ ¼çms9 `ä. ãbqä3uŠsù ÇÑËÈ
“Sesungguhnya apabila DIA menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada: " JADILAH! ". maka TERJADILAH ia.” (QS. Yaa Siin: 82)

KELUARGA yang DICINTAI ALLAH,
Kita cuba MENDEKATI & MENELITI KODE ILAHIYYAH agar URUSAN yang DIPERTANGGUNGJAWABKAN di bahu kita sebagai HAMBA & KHALIFAHNYA dapat kita laksanakan dengan LANCAR & SEMPURNA sebagaimana yang telah DI AMANAHKANNYA kepada KITA. Semoga dengan RAHMAT ALLAH KELUARGA budiman dapat mengambil MANFAAT daripadanya melalui SYAFA’AT NABI SAW.

"MAJLIS MIFTAH AL-GHINA"
RAUDHAH AS-SUFFAH
Lot 1035 Kutan Tengah, 
16250 Wakaf Bharu,
Kelantan - MALAYSIA.